Google hari ini didenda 220 Euro kerana sistem penjualan iklan mereka didapati mengamalkan perniagaan yang dilihat anti persaingan. Sistem Google Ad Manager yang digunakan oleh syarikat pengiklanan untuk membida slot didapati memberikan kelebihan kepada Google AdX milik mereka.
Google menerima denda yang dikenakan dan berjanji untuk melakukan perubahan kepada sistem bidaan iklan untuk lebih adil kepada syarikat pengiklanan pihak ketiga. Denda yang dikenakan sebenarnya telah dikurangkan kerana kerjasama dari pihak Google. Google disiasat banda anti monopoli Perancis selepas menerima aduan daripada kumpulan media News Corp, Le Figaro dan Groupe Rossel yang merupakan pesaing dalam industri pengiklanan.
Sumber Reuters