Copterpack Merealisasikan The Thruster Dari GTA Online

Diterbitkan pada Jun 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam permainan video GTA Online, pemain boleh membeli The Thruster yang merupakan alat penerbangan peribadi. Kini The Thruster telah direalisasikan dengan terciptanya Copterpack yang dibangunkan di Australian.

Copterpack menggunakan sepasang kipas setiap satunya berdiameter 90 cm untuk memberikan tujahan ke bawah. Juruterbang mengawal pergerakan menggunakan sebuah tombol pada bahagian kiri. Keseluruhan kerangka Copterpack dibina menggunakan gentian karbon untuk mengurangkan berat. Tiada maklumat mengenai berapa lama ia mampu terbang, kelajuan maksimum dan sebarang sistem kecemasan yang digunakan. Yang diketahui ialah ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya.

Beberapa sistem penerbangan peribadi telah dibangunkan dengan enjin jet sebenar. Jet Suit misalnya telah diuji sebagai oleh Tentera Marin UK bagi melalukan misi menyerang kapal. Sementara itu sistem Jetman pula telahpun mengorbankan satu nyawa selepas juruterbang tidak sempat menggunakan payung terjun kerana kehilangan kuasa pada altitud rendah.

Sumber New Atlas

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami