Oppo Membawa Memori Oppo Reno6 Pro Hampiri 20GB RAM Melalui Penawaran Memori Maya

Diterbitkan pada Jun 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa jenama pengeluar dari China kini dilihat memfokuskan kepada penawaran ciri memori maya – sekaligus membolehkan peranti berfungsi dengan lancar untuk seketika apabila memerlukan memori tambahan.

Ciri penambahan memori secara maya ini dijayakan dengan menggunakan sebahagian ruangan storan pada peranti – yang diubah sementara untuk menjalankannya sebagai memori. Langkah ini sekaligus membolehkan anda membuka lebih banyak aplikasi, dan memastikan peranti berjalan lancar untuk tempoh yang ditetapkan.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan Oppo menambah 7GB RAM secara maya kepada peranti Oppo Reno6 Pro yang sedia menawarkan 12GB RAM – dan membawa ia kepada sejumlah 19GB RAM ditawarkan dalam memastikan pengalaman penggunaan adalah selesa untuk pengguna.

Ciri ini dilihat telah menjadi salah satu ciri yang ditekankan pengeluar peranti pada tahun ini – dan memasarkan ia sebagai penawaran memori tambahan dalam memastikan pengalaman yang selesa untuk pengguna.

Buat masa ini, Oppo Reno6 Pro masih belum dipasarkan secara rasmi di Malaysia. Sekiranya anda sedia mempunyai peranti ini, anda boleh ke halaman tetapan, memilih About Phone, dan memilih untuk mengaktifkan memori tambahan melaluinya.

Selain Oppo, Vivo dan Realme juga turut menawarkan ciri lebih kurang sama untuk pengguna peranti mereka.

Bagi anda, apa pendapat anda berkenaan penawaran memori secara maya ini?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami