Samsung, Apple, Xiaomi, Vivo Dan Oppo Adalah 5 Pengeluar Telefon Utama Pada Suku Pertama 2021 – Memegang 69.1% Pasaran

Diterbitkan pada Jun 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Gartner, salah satu firma yang membuat analisa berkaitan pasaran, kini telah pun menerbitkan data untuk suku pertama 2021 yang lepas. Secara keseluruhan tiga bulan pertama 2021 menyaksikan jualan telefon pintar meningkat sekitar 26% jikalau dibandingkan dengan tempoh sama pada 2020 yang lepas.

Peningkatan ini dilihat adalah disebabkan oleh permintaan peranti untuk pembelajaran dari rumah, bekerja dari rumah, dan juga beberapa faktor lain.

Samsung dilihat menerajui pasaran dengan pegangan sebanyak 20.3% pasaran, dan diikuti oleh Apple dan Xiaomi. Vivo dan Oppo masing-masing menduduki tangga ke-4 dan ke-5 dengan pegangan pasaran masing-masing sebanyak 10.2%.

Lima jenama ini juga dilihat mempunyai pegangan sebanyak 69.1% pasaran peranti mudah-alih secara keseluruhannya – sementara jenama-jenama lain mempunyai pegangan sebanyak 30.9%.

Suku pertama juga dilihat tidak begitu terkesan dengan impak kekurangan cip dan semikonduktor. Apa pun, Gartner menyasarkan suku-suku akan datang mungkin menerima kesan, sekaligus membawa kepada peningkatan harga jualan purata telefon pintar pada peringkat global.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami