Sooka Kini Boleh Dimuat-Turun – Penstriman Video Dan Siri-TV Percuma, Langganan VIP Bermula RM15.90 Sebulan

Diterbitkan pada Jun 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sooka, salah satu platform penstriman daripada Astro kini telah pun aktif, dimana aplikasi untuknya boleh dimuat-turun pengguna peranti Android dan juga iPhone.

Sooka menawarkan akses kepada sejumlah rancangan siri-TV, drama, filem, dan juga sukan. Disamping itu, ia turut memberikan akses kepada siaran TV langsung daripada beberapa saluran – termasuk Astro Arena dan juga Astro Awani secara percuma.

Sooka

Penawaran perkhidmatan penstriman ini ditawarkan secara percuma, tetapi dengan sokongan pengiklanan.

Apa pun, pengguna masih boleh mendapatkan akses secara berbayar yang membuang iklan, dan akses kepada sejumlah filem dan siri-TV dengan lebih awal lagi – pada harga RM15.90 sebulan.

Sooka juga turut menyediakan satu lagi langganan tambahan untuk kandungan memfokuskan sukan. Untuk tujuan ini, langganan ditawarkan pada harga RM41.90 sebulan – tetapi untuk bulan pertama ia dsediakan pada harga langganan RM15.90.

Sooka

Daripada percubaan ringkas kami, aplikasi ini berfungsi dengan lancar tanpa masalah, dan sedia melabelkan dengan jelas kandungan percuma dan juga berbayar (melalui penggunaan ikon bintang).

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Sooka di Android atau iPhone hari ini, dan mencubanya sendiri pada peranti anda. Selain aplikasi, Sooka juga turut boleh diakses melalui web di laman rasmi Sooka.my.

Muat-Turun Sooka untuk Android
Muat-Turun Sooka untuk iPhone

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami