Apple iOS 15 Akan Hadir Dengan Sokongan Notifikasi Lebih Baik – Termasuk Mod Fokus

Diterbitkan pada Jun 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini telah mengumumkan beberapa perkara baharu yang bakal disertakan pada iOS 15 kelak. Salah satunya adalah sokongan notifikasi dan kawalan peranti anda dengan lebih baik lagi.

Untuk permulaan, apabila pengguna mengaktifkan ciri Do Not Disturb, peranti anda akan memaparkan status pada aplikasi yang mengintegrasikannya – seperti Messages – sekaligus membolehkan rakan anda mengetahui anda sedang mempunyai tugasan lain, atau tengah tidur, atau inginkan masa untuk diri anda sendrii.

Disamping itu, pada bahagian notifikasi, ia menawarkan kemaskini pada rekaan, dan menariknya turut membawakan kaedah baharu dalam memperlihatkan ringkasan notifikasi kepada anda. Dengan ini, ia akan memudahkan anda mengikuti pelbagai perkembangan dengan pantas.

Apple juga akan menambah ciri dinamakan mod “Focus” yang membolehkan anda mengehadkan notifikasi yang dihantar kepada anda ketika sebgaai contoh, bekerja. Ketika mod berkenaan diaktifkan, ia akan lebih memfokuskan kepada notifikasi daripada rakan sekerja, dan aplikasi yang berkaitan dengan kerja sahaja. Aplikasi lain akan dikurangkan notifikasinya.

Apple turut akan memberikan anda ruangan untuk menetapkan dan mengoptimasikan – supaya anda lebih fokus ketika melakukan sesuatu tugasan. Menariknya, apabila sesuatu mod diaktifkan, ia juga boleh diselarikan untuk semua peranti lain.

Ciri ini akan ditawarkan bersama sejumlah ciri baharu lain melalui iOS15 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami