Cari @ Amanz

Apple hari ini telah mengumumkan beberapa ciri-ciri baharu yang akan hadir bersama iOS 15, dan salah satunya adalah Live Text.

Melalui Live Text, ia akan menggunakan kecerdasan buatan dalam membolehkan pengguna memilih teks yang terdapat pada gambar. Ini akan memudahkan pengguna dalam beberapa perkara – sebagai contoh dalam bilik darjah, merakamkan gambar resit, mengakses kepada nombor telefon pada gambar, dan sebagainya.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu tap pada ikon Live Text ketika mengakses gambar, dan seterusnya tap pada bahagian teks pada gambar berkenaan. Anda seterusnya boleh menyalin teks berkenaan – atau turut tap dan membuat panggilan sekiranya ia merupakan nombor telefon.

Apple mengatakan ciri yang lebih kurang sama seperti Google Lens ini boleh digunakan pada iPhone, iPad dan Mac kelak pada tahun ini melalui kemaskini perisian terbaru mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd