Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan kemaskini untuk sistem operasi, Apple juga turut telah mengumumkan kemaskini untuk pelayar web terpantas mereka, iaitu Safari.

Safari kini menerima kemaskini antaramuka, menjadikannya lebih minimalis dan kemas untuk diakses.

Menariknya juga, kini Apple memperkenalkan ciri Tab Groups – yang mana membolehkan anda menghimpunkan dan mengumpulkan sejumlah tab dibawah satu kumpulan untuk diakses pada kemudian masa. Langkah ini menjadikan pelayaran web anda lebih kemas dan teratur, dan tidak bercampur dengan pelayaran web untuk tugasan lain.

Pada masa yang sama, Apple turut mengumumkan yang mana sokongan pemalam akan ditawarkan untuk pengguna Safari di iPhone dan iPad. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan pengguna pemalam di desktop, turut menikmati pengalaman sama pada peranti mudah-alih masing-masing.

Safari versi baharu ini dijangka hadir dengan versi baharu iOS, iPadOS dan macOS kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd