Apple Umum iCloud+ Untuk Pengguna Berbayar iCloud – Menyertakan VPN Dan Pelindung Alamat Emel

Diterbitkan pada Jun 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sedia menawarkan pelan langganan iCloud yang hadir dengan akses kepada storan awan. Hari ini, Apple turut mengumumkan penawaran tambahan untuk pelanggan berkenaan, dinamakan iCloud+.

iCloud+ memfokuskan kepada ciri tambahan memfokuskan privasi. Dua ciri yang mungkin diminati pengguna tempatan adalah ciri Private Relay yang berfungsi seumpama VPN ketika menggunakan pelayar web Safari. Ini sekaligus membolehkan identiti pelayar dilindungi dan tidak dapat dijejak.

Disamping itu, Apple turut mengumumkan ciri Hide My Email yang membolehkan anda menjana alamat emel rawak untuk digunakan sementara – dan memadamnya jikalau tidak diperlukan. Alamat emel ini mungkin boleh digunakan untuk sesuatu tawaran di web dan sebagainya.

Apple mengatakan tiada sebarang harga tambahan diperlukan, dan boleh dinikmati bersama harga langganan iCloud sedia ada. Pengguna iCloud percuma tidak akan menikmati ciri ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami