Cari @ Amanz

Beberapa tahun yang lalu wujud satu kes dimana seorang wanita ingin mengakses kandungan peranti milik suami yang telah meninggal dunia. Beliau ingin menyimpan semua gambar yang diambil bagi tujuan kenang-kenangan. Tetapi kerana Apple tidak menyimpan kata laluan pengguna, ini tidak dapat dilakukan atas dasar menghormati data serta privasi pengguna.

di WWDC 2021, Apple mengumumkan dua ciri baharu pada iOS 15 yang akan memudahkan proses memindahkan akaun kepada ahli keluarga apabila berlaku kematian dan mendapatkan butiran log masuk menerusi akaun ahli keluarga terpilih.

Ciri Legacy Contact membenarkan pengguna meletakkan seorang “waris” yang kemudiannya boleh mengakses kesemua data yang disimpan di iCloud menggunakan Apple ID mereka. Dengan ini gambar-gambar dan nota yang disimpan secara awanan boleh dipindahkan ke akaun kepada waris yang dipilih. Sebelum kebenaran diberikan, waris hanya perlu menunjukkan bukti dalam bentuk sijil kematian kepada Apple untuk pengesahan.

Seterusnya ialah ciri Recovery Contact yang membolehkan anda memilih seorang rakan atau ahli keluarga yang boleh dihubungi jika anda dikunci keluar dari akaun tanpa akses kepada peranti Apple yang lain. Kod laluan akan dihantar ke nombor telefon individu ini bagi membolehkan anda mengakses semua akaun anda yang terkunci kerana terlupa kata laluan misalnya. Individu yang terpilih perlu berusia lebih 13 tahun dan memiliki sebuah peranti Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd