Carian
Apple Health Membolehkan Kesihatan Ahli Keluarga Dipantau Dari Jarak Jauh
June 8, 2021 Effi Saharudin

Sepanjang PKP ini terdapat banyak berita sedih ahli keluarga meninggal dunia kerana Covid-19 tetapi anak tidak dapat melawat kerana sekatan perjalanan. Kemudiannya semalam Malaysia dikejutkan dengan berita pasangan suami isteri ditemui mati di rumah juga akibat Covid-19. Jelas sekali dengan pelbagai halangan perjalanan yang wujud sekarang, kemampuan memantau kesihatan ahli keluarga dari jarak jauh adalah satu keperluan.

Di WWDC pagi tadi Apple mengumumkan kemas kini aplikasi Health yang membolehkan data kesihatan ahli keluarga dipantau secara setempat. Sekiranya Apple Watch mengesan anomali pada degupan jantung ayah misalnya, anak akan turut menerima notifikasi terus dalam Health. Ayah boleh dihubungi untuk bertanya khabar atau memberikan bantuan sekiranya perlu.

Ciri yang amat menarik tetapi memerlukan keseluruhan ahli keluarga turut menggunakan ekosistem Apple. Jika ada satu ciri Apple yang boleh dipinjam pada Android ini mungkin antara yang teratas dalam senarai permintaan kami sekarang kerana sudah lama tidak menjenguk ibu yang sedang mendapatkan rawatan kanser.

Komen