Fungsi Pelindung Penjejak Private Relay Tidak Akan Disokong Di Beberapa Negara Seperti China Dan Arab Saudi

Diterbitkan pada Jun 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam sewaktu acara WWDC, Apple telah memperkenalkan fungsi pelindung penjejak Private Relay yang mana pengguna Mac dan iOS tidak perlu risau mengenai penjejakan alamat IP apabila menggunakan peranti-peranti Apple untuk membaca emel ataupun melayari laman web.

Secara teknikalnya, ini akan membuatkan pengalaman pelayaran web anda semakin selamat, dan kurang kebarangkalian dimana anda akan dijejak oleh parti ketiga seperti pembekal internet, pengiklan dan sebagainya.

Akan tetapi, Apple turut mengesahkan bahawa ciri Private Relay ini tidak akan ditawarkan di beberapa negara kerana polisi atas-talian mereka. Ini termasuklah negara-negara seperti China, Arab Saudi, Belarus, Colombia, Mesir, Kazakhstan, Afrika Selatan, Turkmenistan, Uganda dan Filipina.

Ini bermakna bahawa apabila pengguna iPhone, iPad dan Mac mengemaskini sistem operasi mereka ke versi terbaru, mereka tidak akan dapat mengaktifkan ciri pelindung penjejak ini pada peranti-peranti mereka.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bagaimanakah Apple akan menghalang fungsi ini daripada diaktifkan di negara-negara ini, kerana ia merupakan sebuah fungsi terbina didalam kemaskini sistem operasi iOS 15 yang akan diperkenalkan kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami