Google Stadia Akan Hadir Di Android TV Dan Chromecast Dengan Google TV Pada Penghujung Bulan Ini

Diterbitkan pada Jun 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google memperkenalkan Stadia sebagai platform penstriman permainan komputer yang secara teknikalnya patut memudahkan orang ramai untuk menikmati permainan komputer dengan komputer asas dan sambungan internet sahaja.

Akan tetapi, Stadia terhad kepada platform yang boleh menstrimkan perkhidmatan tersebut. Selain daripada komputer, jika anda ingin menggunakan TV sebagai salah satu medium penstriman, sebelum ini anda perlu memiliki sebuah Chromecast Ultra, disamping pengawal permainan Stadia.

Terkini, Google baru mengumumkan bahawa Google Stadia akan hadir pada pelbagai sistem operasi mereka, termasuklah Android TV dan Chromecast baru yang menggunakan sistem operasi Google TV.

Google sebelum ini mengatakan bahawa mereka akan melanjutkan sokongan Google Stadia kepada lebih banyak peranti Google, dan akhirnya setelah sekian lama menunggu, mereka yang sudahpun memiliki televisyen pintar menggunakan Android TV boleh mencubanya.

Ini akan membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk mencuba Google Stadia tanpa perlu membeli kelengkapan baru seperti Chromecast Ultra, dimana kini mereka hanya perlu memiliki pengawal permainan Stadia untuk menggunakannya.

Menurut Google, kemaskini untuk Stadia buat peranti-peranti Android TV dan Google TV akan hadir pada 23 Jun 2021 kelak. Buat masa ini, Google masih tiada pelan untuk mengembangkan penawaran perkhidmatan tersebut ke pasaran-pasaran baru.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami