Cari @ Amanz

Adobe hari ini telah melancarkan perisian mereka yang dioptimasikan untuk Apple Silicon atau komputer Mac yang berasaskan kepada Apple M1 – iaitu Adobe Illustrator dan Adobe InDesign.

Dengan penawaran perisian versi natif ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menikmati prestasi yang lebih laju dan pantas berbanding penggunaan versi sebelum ini. Adobe turut mengatakan pengguna Illustrator melihat peningkatan prestasi 65% pada model M1 berbanding Intel – sementara pengguna InDesign pula melihat peningkatan sekitar 59%.

Penawaran ini hadir sebagai sebahagian daripada kemaskini untuk Creative Cloud. Pengguna komputer berasaskan M1 boleh memuat-turun versi terbaru yang dioptimasikan ini melalui Creative Cloud hari ini.

Dengan pengoptimasian perisian untuk M1 ini, ia melengkapkan lagi portfolio Adobe yang sedia menawarkan Photoshop, Lightroom dan Premiere Pro yang kini dalam bentuk beta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd