Nokia C01 Plus Dilancarkan Dengan Android Go

Diterbitkan pada Jun 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti Nokia C01 Plus telah dilancarkan semalam dengan sistem operasi Android Go. Nokia ialah sebilangan kecil pengeluar yang masih setia mengeluarkan peranti Android kelas asas dengan sistem operasi yang ringan ini.

Nokia C01 Plus dilancarkan dengan srkin 5.45″ HD+, dijana cip Unisoc SC9863A, memori sebesar 1GB RAM, storan 16GB dan bateri sebesar 3000 mAh yang hanya menyokong pengecasan 5W menerusi port mikro USB

Kamera utama sebesar 5MP dan kamera swafoto juga 5MP. Kerana ia peranti kelas asas, tiada pengimbas cap jari disertakan tetapi satu-satunya sistem biometri yang disokong ialah imbasan wajah. Ciri yang kurang praktikal dalam dunia pandemik ini. Pada waktu ini Nokai C01 Plus ditawarkan di Rusia terlebih dahulu pada harga RUB 6490 (~RM 370) sebuah.

Sumber Nokia Rusia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami