Ini Salah Satu Pilihan Komputer Riba Menarik Untuk Guru Dan Pelajar Bagi Sesi PdPR

Diterbitkan pada Jun 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semenjak kita semua diarahkan untuk bekerja dan belajar dari rumah, tentunya kita akan lebih kerap menggunakan komputer riba untuk teruskan kerja harian kita. Bukan sahaja menjadi keperluan untuk golongan yang sudah bekerja dan pelajar universiti sahaja, malah murid tadika juga turut menggunakan komputer riba untuk mengikuti kelas atas talian mereka. Jadi sekiranya anda sedang mencari komputer riba yang sesuai digunakan untuk pembelajaran di rumah, siri Acer TravelMate P2 adalah pilihan yang baik untuk anda.

Sesuai dengan namanya, Acer TravelMate P2 ini hadir dengan rekaan mudah dibawa kemana-mana kerana ia hadir dengan rekaan senipis 20mm dan mempunyai berat seringan 1.6kg sahaja. Rekaan skrinnya pula bersaiz 14 inci dan dapat memaparkan resolusi sehingga FHD IPS.

TravelMate P2 ini dibina dengan rekaan kerangka daripada Military Standard MIL-STD-810G yang dikatakan tahan lasak dan mampu untuk bertahan daripada gegaran yang kuat sekiranya terjatuh. Papan kekuncinya yang berlampu juga menyokong ciri kalis air dimana keberangkalian untuk papan kekuncinya rosak jika berlaku insiden tertumpah air adalah rendah.

Cip pemprosesan yang ditawarkan pada siri Acer TravelMate P2 ini adalah bermula daripada Intel Core i3 hingga Intel Core i5 generasi ke-11, sistem operasi Windows 10 Pro dan anda diberi pilihan grafik yang siap terbina, iaitu Intel UHD Graphics atau Intel Iris Xe Graphics bergantung kepada cip pemproses yang dipilih.

Antara fungsi menarik lain yang membantu anda untuk mendapatkan sesi pembelajaran yang lebih produktif di rumah adalah:

  1. Acer Purified Voice : Teknologi input suara yang baik dengan bantuan dua mikrofon terbina bersama 3 mod iaitu pengecaman suara, mod untuk panggilan peribadi dan juga persidangan.
  2. Acer TrueHarmony : Teknologi output suara untuk mengurangkan kesan hingar, memberikan frekuensi yang lebih luas, dan mengeluarkan audio yang lebih sedap didengar.
  3. Kamera Beresolusi 720p HD : Kameranya dapat merakamkan audio dan video beresolusi 720p HD serta menyokong sistem pengimejan Super High Dynamic Range (SHDR). Binaan penutup pada bahagian kameranya pula dapat menjaga privasi pengguna apabila diperlukan.
  4. Kapasiti Memori Dan Storan :  Saiz memori bermula 4GB DDR4 sehingga 8GB DDR4 bersama pilihan storan 256GB SSD hingga 512GB SSD, atau 1TB HDD.
  5. Bateri sehingga 13 jam penggunaan : Sesuai untuk pembelajaran atas talian sepanjang hari. Produktiviti harian anda untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan juga tidak terjejas kerana dapat belajar di mana-mana sahaja walaupun dalam kegelapan kerana adanya papan kekunci berlampu.

Memandangkan komputer riba ini menggunakan sistem operasi Windows 10 Pro, sistem sekuriti pada komputer riba anda menjadi lebih selamat dan dilindungi. Windows 10 Pro menawarkan sistem pengesahan daripada pelbagai cara yang mudah bagi membendung ketirisan data, memudahkan proses penyulitan maklumat, dan dilengkapi dengan Windows Defender Antivirus bersama cip sekuriti terbina TPM 2.0 untuk melindungi komputer riba ini daripada segala serangan siber yang tidak diingini.

Ibu bapa juga boleh memantau penggunaan komputer riba ini melalui ciri Screen Time, hadkan anak-anak untuk mengakses kepada kandungan dewasa, kawal pembelian atas talian dan banyak lagi. Untuk institusi seperti sekolah pula, jika dibekalkan komputer riba ini kepada guru-guru, mereka akan dapat menguruskan beberapa komputer riba seperti ini dengan lebih senang melalui fungsi “Group Policy”

Acer TravelMate P2 ini bukan sahaja mempunyai rekaan yang baik, malah harganya juga menjadikan faktor utama mengapa anda patut memiliki komputer riba ini kerana berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan. Untuk pasaran Malaysia, Acer TravelMate P2 ini ditawarkan pada harga bermula RM2,799, bergantung kepada spesifikasi yang anda pilih.

Bagi setiap pembelian, anda akan menerima jaminan untuk sebarang kerosakan dan kecurian yang tidak disengajakan bersama Acer dan 3 tahun jaminan untuk baik pulih peranti di tempat anda tidak kira dimana anda berada. Jika anda berminat untuk menjadikan Acer TravelMate P2 ini sebagai teman setia sepanjang sesi pembelajaran dari rumah, anda boleh dapatkannya melalui laman rasmi Acer atau pengedar-pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.

Penafian: Advertorial daripada Acer Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami