Sistem Kincir Angin Setinggi Menara Eiffel Ini Menjana Lima Kali Ganda Kuasa Elektrik

Diterbitkan pada Jun 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita semua boleh bersetuju menjana elektrik menggunakan bahan api fosil dan nuklear tidak mesra mesra alam. Sistem solar dan kincir angin pula memerlukan kawasan lapang yang luas. Tetapi Wind Catching Systems yang berpangkalan di Norway telah memperlihatkan sistem kincir angin mereka yang didakwa menghasilkan lima kali ganda kuasa elektrik dalam ruang yang lebih kecil.

Tidak seperti sistem kincir angin biasa yang hanya mempunyai satu kipas, Wind Catching Systems (WCS)  menggunakan sehingga 117 kincir angin lebih kecil yang disusun dalam menara setinggi 324 meter. Ini adalah sedikit lebih tinggi berbanding Menara Eiffel. Luas kawasan angin yang boleh dilitupi sistem WSC ini adalah dua kali ganda lebih besar berbanding kincir angin terbesar dunia sekarang.

Tambahan lagi kerana kipas kecil digunakan, WCS boleh beroperasi pada tahap optimum walaupun pada kelajuan angin yang tinggi. Pada sistem kincir angin lain, pergerakan bilah kincir perlu diperlahankan bagi mengelakkan kerosakan.

WCS boleh dibina menggunakan tapak pelantar minyak sedia ada. Satu WCS boleh membekalkan kuasa elektrik untuk 80,000 rumah. Sistem dipercayai boleh digunakan sehingga separuh abad sebelum perlu ditukar. Pada waktu ini WCS masih lagi sebuah konsep tanpa pelan muktamad bilakah prototaip akan dihasilkan.

Sumber New Atlas

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami