Pelayar Web Vivaldi 4.0 Kini Hadir Dengan Integrasi Emel Dan Pembaca RSS

Diterbitkan pada Jun 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivaldi merupakan salah satu pelayar web yang mempunyai sejumlah ciri menarik, dan ditambah dengan pelbagai perkara baru pada setiap kemaskini. Terbaru, hari ini pembangunnya telah pun melancarkan pelayar web Vivaldi versi terbaru, iaitu Vivaldi 4.0.

Menariknya, melalui Vivaldi 4.0, ia kini turut mengintegrasikan sokongan emel, pembaca RSS dan juga kalendar.

Vivaldi

Dengan integrasi ini, ia menjadikan Vivaldi satu aplikasi yang diperlukan untuk pelbagai perkara. Pengguna boleh menghubungkan klien emel terbina dengan akaun emel sedia ada – termasuk menyokong emel akaun IMAP dan POP – sekaligus memudahkan anda menyemak emel sambil melayari web.

Vivaldi

Disamping itu, integrasi RSS akan memudahkan anda membaca pelbagai berita dan kemaskini semasa di web. Dan akhir sekali, kalendar pula akan memudahkan anda menyemak temujanji dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Vivaldi 4.0 untuk desktop hari ini, dan menguruskan lagi kehidupan digital anda dengan lebih baik.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami