Samsung SmartThings Dikemaskini Dengan Antaramuka Baharu

Diterbitkan pada Jun 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Aplikasi Samsung SmartThings telah dikemaskini hari ini dengan antaramuka baharu yang akan memudahkan lagi pengurusan pelbagai peranti berhubung yang dimiliki oleh pengguna peranti Samsung.

Terdapat pilihan Favorites yang meletakkan kesemua peranti yang paling kerap digunakan secara setempat. Panel Devices pula meletakkan kesemua peranti-peranti berhubung dan aksesori milik pengguna dalam senarai yang mudah dicari. Automations pula membolehkan pengguna memprogramkan peranti berhubung untuk melakukan aksi mengikut situasi tertentu. Life pula memperkenalkan pengguna kepada ciri-ciri dan peranti berhubung baharu yang diperkenalkan.

Sumber Samsung

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami