Data Internet Selangor Tawar Data Internet Tanpa Had Pada Harga RM35 Sebulan – Disubsidi RM20, Pengguna Bayar RM15

Diterbitkan pada Jun 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan Pakej Kita Selangor 2.0, dimana sejumlah bantuan diumumkan melaluinya. Bantuan ini adalah dalam usaha meringankan beban rakyat, dan memastikan ekonomi serta pembangunan terus berjalan lancar, walaupun ketika PKP kini.

Selari dengannya, salah satu instrumen utama masa kini adalah akses internet – yang mana menjadi nadi utama untuk kelangsungan perniagaan dan pembelajaran.

Selari dengannya, kerajaan Selangor melancarkan program Data Internet Selangor.

Data Internet Selangor akan memberikan subsidi kad SIM dengan kemudahan data internet tanpa had kepada 70,000 penerima yang terdiri daripada penjaja kecil, pelajar, ibu tunggal, pemandu teksi, warga emas dan pekerja ekonomi gig.

Melalui Data Internet Selangor ini, ia akan menawarkan pakej data internet tanpa had ini pada harga RM35 sebulan. Apa pun, kerajaan negeri akan memberikan subsidi sebanyak RM20 sebulan, dan pengguna hanya perlu membayar RM15 sebulan. Penawaran pakej ini adalah untuk tempoh setahun.

Maklumat lanjut berkenaan penawaran ini dijangka akan dikongsikan tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami