Lautan Utama Dunia, Kini Ada Lima Kesemuanya

Diterbitkan pada Jun 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

National Geographic Society semalam secara rasmi mengiktiraf Lautan Selatan sebagai lautan utama dunia. Selama ini hanya empat lautan utama diiktiraf iaitu Pasifik, Atlantik, India dan Artik. Lautan Selatan yang mengelilingi Antartika secara rasmi akan diletakkan pada carta-carta yang digunakan National Geographic Society.

Isu pengiktirafan Lautan Selatan sebagai antara lautan utama dunia telah berlarutan sejak berdekad lamanya. Kewujudannya telah diiktiraf oleh ahli sains kerana mempunyai arus tersendiri yang berbeza dengan empat lautan utama yang lain. Tetapi sempena Hari Lautan Dunia 2021, National Geographic Society bersetuju mengiktirafnya dengan meletakkan Lautan Selatan pada peta rasmi dunia sejak mengeluarkannya sejak 1915.

Pengiktirafan dilakukan bagi memberikan tumpuan dunia kepada perubahan iklim yang semakin memecut. Selain suhu mencairkan Antartika dan Artik, pencemaran plastik juga kini mula dipandang serius dengan wujudnya tompokan sampah yang lebih besar dari keseluruhan Amerika Syarikat.

Sumber National Geographic

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami