Facebook Dilaporkan Bakal Melancarkan Jam Tangan Pintar Dengan Dwi-Kamera

Diterbitkan pada Jun 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook kini dilaporkan merancang untuk memperkenalkan jam tangan pintar mereka tersendiri tidak lama lagi. Jam tangan pintar ini bakal hadir dengan sokongan dwi-kamera bersama untuk memudahkan rakaman gambar dan video.

Kamera pertama dijangka dilekapkan pada bahagian skrin untuk memudahkan panggilan video. Sementara satu lagi kamera dijangka disertakan pada bahagian tali jam – dan boleh dicabut untuk digunakan bagi merakamkan gambar dan video.

Dengan langkah ini, pengguna boleh dengan mudah merakamkan gambar dan video – seterusnya berkongsi ke platform sosial seperti Facebook dan Instagram.

Selain kamera, Facebook juga dijangka menyertakan sensor denyutan nadi pada jam tangan pintar ini – sekaligus boleh digunakan sebagai peranti kecergasan. Menariknya, mengikut laporan awal juga, Facebook dikatakan akan menyertakan sokongan LTE pada jam tangan pintar ini, sekaliugs membolehkan ia beroperasi tanpa keperluan menghubungkan ia ke telefon pintar.

Selain itu, Facebook juga dijangka akan memperluaskan penawaran jam tangan pintar pada masa akan datang – dan ia mungkin beroperasi sebagai peranti untuk input bagi arena realiti-terimbuh yang bakal dijayakan melalui penawaran kaca mata pintar.

Facebook dijangka memasarkan jam tangan pintar pertama mereka pada tahun 2022 – dan sedia membangunkan jam tangan generasi kedua dan ketiga.

Selain daripada jam tangan pintar, Mark Zuckerberg juga dijangka akan hadir dengan sejumlah peranti memfokuskan pengguna – sekaligus bersaing dengan aktif bersama Apple dan pengeluar lain.

Untuk makluman, Facebook turut pernah cuba membeli Fitbit, tetapi syarikat berkenaan diambil-alih oleh Google pada 2019 yang lepas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami