Cari @ Amanz

Huawei baru sahaja melancarkan HarmonyOS 2.0 minggu lalu sebagai sistem operasi sarwajagat pada kesemua peranti keluaran mereka. Sungguhpun belum setahun jagung, Huawei telahpun mengesahkan penggunaan HarmonyOS telahpun melepasi angka 10 juta peranti. Bagi menyambut kejayaan ini sebuah kek bertemakan HarmonyOS telah dihasilkan.

Antara peranti yang telah menerima kemas kini HarmonyOS ialah sri Mate 40 series, siri P4, siri Mate 30, dan MatePad Pro yang juga baru dilancarkan. Sistem operasi turut telah digunakan pada skrin pintar Vision S serta jam tangan pintar. Malahan Huawei telahpun melancarkan HarmonyOS akan digunakan pada lebih 300 juta peranti menjelang penghujung 2021.

Sumber MyDrivers

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd