Carian
Sony Mengumumkan Dron Profesional Pertama – Airpeak S1, Berkelajuan 90km/j, Berharga RM37,000
June 10, 2021 Aman

Sony hari ini secara rasminya telah pun mengumumkan dron pertama mereka, Sony AirPeak S1. Untuk makluman, Sony  telah mengacah pengenalan dron sejak daripada awal tahun ini – sekaligus memperluaskan perniagaan yang disertai pengeluar dari Jepun berkenaan.

Sony Airpeak

Sony Airpeak S1 merupakan dron menyasarkan golongan profesional dan untuk kegunaan rakaman kreatif. Dron ini mampu membawa kamera dibawah siri-Alpha. Dengan penawaran sokongan kamera berkenaan, ia sekaligus membolehkan rakaman video sehingga 8K dilakukan menggunakan dron ini.

Sony membangunkan teknologi khusus dalam kawalan dron ini, termasuk sensor untuk memastikan ia terbang dengan laju dan mempunyai kadar rintangan angin yang tinggi. Disamping itu, sensor khusus untuk mengelak halangan turut disertakan pada dron ini.

Sony Airpeak S1 ini mampu terbang pada kelajuan mencapai 90km/j. Melengkapkan pengenalan dron ini juga adalah aplikasi khusus Airpeak Flight untuk iOS dan iPadOS untuk tujuan mengawal dan memantau status penerbangan.

Airpeak S1 ini akan dipasarkan pada harga sekitar $9000, iaitu RM37,000 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

Komen