Huawei MatePad Pro Dengan HarmonyOS Berharga RM3999 Di Malaysia

Diterbitkan pada Jun 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran tablet terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei MatePad Pro bersaiz 12.6-inci dan dijana dengan sistem operasi HarmonyOS.

Dari segi spesifikasi, tablet ini hadir dengan skrin 12.6-inci OLED, dijana cip Kirin 9000E, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri 10050mAh dengan pengacasan berasaskan USB-C, serta kamera hadapan 8-megapixel, dan kamera belakang 13-megapixel.

Selain daripada paparan berkualiti tinggi berasaskan OLED, Huawei juga turut menyertakan sokongan audio yang baik melaluinya. Beberapa aksesori turut disertakan – termasuk sokongan Huawei M-Pencil untuk mencatatkan nota, dan juga papan kekunci magnetik Huawei.

Menjadi fokus juga adalah penggunaan sistem operasi HarmonyOS yang menawarkan sokongan multi-tetingkap untuk memudahkan multi-tugasan ketika menggunakan tablet ini, selain turut menyertakan ciri seperti widget, dan juga kebolehan untuk menggunakan tablet ini sebagai skrin kedua kepada komputer riba anda.

Di Malaysia, Huawei MatePad Pro ini ditawarkan pada harga RM3999 dan boleh dipra-tempah bermula hari ini. Pra-tempahan juga akan menerima sejumlah hadiah percuma, termasuk Huawei M-Pencil, Huawei Smart Magnetic Keyboard, Huawei Classic Backpack, selain akses kepada Huawei Video dan juga Huawei Cloud.

Pra-tempah : Huawei MatePad Pro

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami