Carian
HiSense Menawarkan ULED 8K U900KF Dan ULED U7G TV Pada Harga Bermula RM4399
June 10, 2021 Effi Saharudin

Temasya sukan EURO 2020 akan berlangsung dalam masa beberapa hari sahaja lagi dan sebagai penaja rasmi HiSense mula menawarkan televisyen Android TV mercu mereka ke pasaran tempatan. Dua model terkini yang ditawarkan ialah HiSense ULED 8K U900KF dan HiSense ULED U7G TV.

Hisense U900KF 8K Android TV pula hadir dengan skrin 75″ berteknologi Quantum Dot Colour pada resolusi 8K yang boleh memaparkan sehingga 1 bilion warna dan lengkap dengan sokongan HDR Dolby Vision. Sesuai dengan tema bola, U900KF hadir dengan Sports Mode yang mengurangkan kabur pada pergerakan. Selain itu skrin menyokong kadar segar semula 120Hz menerusi sambungan HDMI 2.1. Ini bermakna konsol Xbox Series X boleh disambungkan tanpa masalah.

Dari segi audio pula terdapat sokongan Dolby Atmos. Kerana televisyen ini menggunakan sistem operasi Android TV, tiada masalah mencari aplikasi perkhidmatan penstriman popular yang diinginkan menerusi Play Store terbina.

Hisense ULEDTV U7G pula hadir dengan skrin 65″ atau 75″ berteknologi Quantum Dot Colour pada resolusi 4K dengan sokongan HDR Dolby Vision. Skrin menyokong kadar segar semula 120Hz menerusi sambungan HDMI 2.0. Dari segi audio pula terdapat sokongan Dolby Atmos. Televisyen ini juga diengkapi sistem operasi Android TV yang memudahkan pencarian aplikasi yang ingin digunakan.

Di Malaysia Hisense U900KF 8K Android TV dijual pada harga RM2 4,999 sebuah manakala Hisense ULEDTV U7G dijual pada harga RM 4399 untuk skrin 55″ dan RM 5999 untuk skrin 65″.

Komen