Microsoft Mengacah Windows 11 Dengan Bunyi Permulaan Windows Sepanjang 11 Minit

Diterbitkan pada Jun 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft sedia menjadualkan 24 Jun 2021 untuk mengumumkan sesuatu berkenaan generasi baharu Windows. Selari dengannya, gergasi perkomputeran berkenaan kini turut memaparkan latar sokongan Windows 10 sehingga 2025 sahaja – memberikan lebih petanda pengenalan Windows 11.

Kini, saluran rasmi Windows juga turut telah memuat-naik sebuah video khusus yang menyertakan koleksi bunyi permulaan Windows 95, Windows XP dan Windows 7 yang diperlahankan kepada kadar 4000% – sekaligus membawa kepada bunyi yang “menenangkan”.

Video berkenaan sendiri adalah sepanjang 11-minit, seperti lebih memberikan petanda pengenalan Windows 11.

Apa pun, sama-sama kita nantikan 24 Jun 2021 ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh Microsoft melalui Windows generasi baharu mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami