Realme Dijangka Akan Hadir Dengan Robot Penyedut Hampagas Tersendiri

Diterbitkan pada Jun 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Imbas kembali, Realme pernah berkongsi perancangan untuk hadir dengan penawaran lebih 100 produk AIoT pada tahun ini. Sehingga ke hari ini, mereka telah sedia memperkenalkan televisyen pintar, lampu pintar, berus gigi pintar, kamera pintar dan banyak lagi. Paling terkini, Realme nampaknya dijangka akan hadir dengan robot penyedut hampagas tersendiri pula.

Rekaan untuk produk berkenaan juga telah diperlihatkan dalam beberapa imej tersebar di media sosial. Jelas kelihatan, robot penyedut hampagas daripada Realme mempunyai rekaan yang mirip dengan kebanyakan produk yang sama di pasaran hari ini. Untuk rekaan fizikal, tubuhnya menampilkan kemasan matte bewarna hitam. Kemudian, terdapatnya satu bahagian bewarna kuning yang dipercayai berfungsi sebagai laser untuk sistem navigasi. Seterusnya, robot penyedut hampagas ini juga mempunyai berus lembut pada bahagian hadapan bertujuan untuk membersihkan pelbagai jenis kotoran.

Biarpun belum ada kepastian, tetapi spekulasi awal mendakwa ia akan dikenali sebagai Realme Robot Vacuum Cleaner kelak. Dalam pada itu, ia juga dijangka diperkenalkan seiring dengan Realme GT 5G pada minggu hadapan. Benari atau tidak, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini.

Sumber : Gizmochina

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami