Cari @ Amanz

Halangan perdagangan yang dikenakan Amerika Syarikat benar-benar menghancurkan harapan Huawei untuk menjadi pengeluar telefon pintar terbesar dunia dua tahun lalu. Kini menurut laporan Counterpoint Research, Huawei hanya memegang 4% pasaran telefon pintar dunia pada suku pertama 2021. Sebelum sekatan dikenakan, Huawei hampir mempunyai 15% pegangan pasaran telefon pintar.

Secara keseluruhan Samsung di hadapan dengan 22% diikuti oleh Apple (17%), Xiaomi (14%), Oppo (11%) dan Vivo (10%). Tetapi sekiranya pengeluaran Oppo, OnePlus, Vivo dan Realme digabungkan pastinya BBK Electronics akan menjadi pengeluar telefon pintar terbesar dunia.

Apabila dipecahkan mengikut pasaran pula, di Asia Vivo ialah pengeluar dengan pegangan terbesar. Apple mendominasi Amerika Utara, dan Samsung pula mercu di Amerika Selatan, Timur Tengah dan Eropah. Dapat dilihat di sini peranti dari negara China kini memegang sebahagian besar pasaran telefon pintar. Walaupun Huawei telah dicantas, pengeluar lain akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd