Pada tahun lepas, Apple telah membeli syarikat pembangun disebalik aplikasi cuaca Dark Sky, dan menutup sokongannya untuk sistem operasi Android. Kini, Dark Sky baru mengeluarkan kenyataan bahawa aplikasi tersebut, bersama-sama APInya akan ditutup sepenuhnya menjelang penghujung 2022.
Aplikasi cuaca terbina iOS 15 dilihat mengambil banyak ilham daripada Dark Sky, dan kini nampaknya setelah Apple mengintegrasikan rekaan dan teknologi syarikat tersebut, ia dilihat sebagai tidak diperlukan lagi untuk menyokong aplikasi parti ketiga, dan akan ditutup kelak.
Aplikasi-aplikasi cuaca lain yang menggunakan API Dark Sky akan ada masa sekurang-kurangnya setahun setengah lagi untuk mengemaskini sistem dalaman mereka, manakala pengguna aplikasi Dark Sky sedia ada melalui aplikasi iOS dan laman web mereka ada jangkamasa yang sama untuk masih menggunakannya tanpa masalah.