Cari @ Amanz

Strategi Facebook ialah menjadikan Messenger sistem pemesejan bersepadu yang disokong pada kesemua produk keluaran mereka. Hari ini Messenger telah dikemaskini dengan beberapa ciri baharu yang akan diharap akan membuatkan pengguna terus setia menggunakannya.

Ciri pertama ialah penghantaran wang menggunakan Facebook Pay. Pengguna boleh menghantar kod QR kepada rakan yang kemudiannya diimbas. Dari maklumat ini wang boleh dihantar terus ke akaun milik mereka. Ini juga boleh digunakan untuk tugas jual beli. Hanya pengguna di Amerika Syarikat boleh mengaksesnya pada waktu ini.

Seterusnya ialah ciri membalas mesej dengan gambar secara lebih pantas. Akhir sekali ialah penambahan tema yang disokong pada Messenger. Kini empat lagi pilihan diberikan iaitu Olivia Rodrigo, Hari Lautan Dunia, Pride, dan F9. Ciri akan mengubah rupa Messenger dan Instagram.

Sumber Facebook

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd