Pejam celik iOS kini sudah berusia 14 tahun. Dalam masa yang lama ini terdapat beberapa perubahan mendadak dilakukan pada antaramuka sistem operasi bagi memastikan ia mempunyai rekaan yang kekal relevan dengan trend semasa. Sungguhpun begitu terdapat segelintir pengguna yang ingin rekaan klasik iOS. Bagi golongan minoriti ini, OldOS telah dilancarkan oleh Zane Kleinberg seorang pembangun aplikasi dari New York.
OldOS memberikan antaramuka iOS 4 pada peranti iPhone baharu. Kesemua elemen antaramuka klasik iPhone moden digantikan dengan rekaan klasik yang kini dianggap sudah agak ketinggalan zaman. Elemen skeuomorphism yang pernah menjadi obsesi Steve Jobs di Apple kembali. Buat masa ini aplikasi Messages dan YouTube sahaja masih tidak berfungsi sepenuhnya.
Memandangkan ini ialah projek binaan sendiri yang mengubah rupa antaramuka iOS dengan sungguh drastik sekali, ia tidak ditawarkan menerusi Apple App Store. Bagi yang berminat, OldOS boleh dimuat turun dan dipasang menggunakan Tesflight menerusi pautan di bawah.
Muat turun OldOS