Cari @ Amanz

Selepas hadir dengan beberapa peranti terkini di bawah siri Nokia C tempoh hari. Kini, sebuah lagi model baharu di bawah siri yang sama telah diperkenalkan – iaitu Nokia C2O Plus. Ia merupakan kesinambungan daripada Nokia C20 sebelum ini yang dilengkapi beberapa penambahbaikan – misalnya kapasiti bateri lebih besar, menjalankan perisian Android 11 dan lain-lain.

Untuk spesifikasi khusus, Nokia C20 Plus dilengkapi skrin berukuran 6.5-inci HD+, cip Unisoc SC9863A, memori 3GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri berkapasiti 4,950mAh. Melengkapinya juga adalah sokongan dwi-kamera di belakang dengan sensor utama 8-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (kedalaman) dan kamera swafoto pula sebesar 5-Megepixel. Spesifikasi lain termasuk – bicu audio 3.5mm, perisian Android 11 (Go Edition), port sambungan microUSB dan lain-lain.

Nokia C20 Plus tersedia dalam dua pilihan warna berbeza seperti Ocean Blue dan Graphite Black. Di China, telefon pintar ini dijual pada harga serendah RMB699 (~RM450) untuk seunit.

Sumber : Weibo Nokia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd