FoodPanda Mengalami Masalah Memproses Bayaran Atas-Talian, Hanya Menerima COD Buat Sementara Waktu
June 11, 2021
Web 2.0
Aman
FoodPanda, salah satu perkhidmatan tempahan makanan, kini dilihat mengalami masalah melibatkan pembayaran pada sistem mereka. Pihak FoodPanda mengatakan melalui kemaskini sosial, dimana sistem pembayaran atas-talian mereka menghadapi masalah.
Untuk sementara waktu, pihak FoodPanda meminta pengguna hanya menggunakan pilihan “Cash on Delivery”. Notifikasi juga sudah mula dipaparkan pada aplikasi FoodPanda.

Perkara ini sekaligus menyukarkan para pengguna dalam membuat pembelian makanan dan barangan buat sementara waktu pada platform berkenaan.
Buat masa ini, tiada masa diberikan berkaitan bilakah masalah teknikal ini akan diselesaikan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.