Cari @ Amanz

Adobe kini telah mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk aplikasi Adobe Photoshop Mix dan juga Adobe Photoshop Fix untuk pengguna iPhone dan iPad pada 21 Jun 2021 kelak.

Langkah ini diambil oleh Adobe kerana mereka akan mengintegrasikan sejumlah fungsi daripada kedua-dua aplikasi ini ke dalam aplikasi Photoshop Express.

Bagi pengguna yang telah sedia memasangnya, boleh terus menggunakan kedua-dua aplikasi Photoshop Mix dan Photoshop Fix – namun tiada sebarang kemaskini akan ditawarkan selepas tarikh berkenaan.

Buat masa iini, melalui halaman FAQ, pihak Adobe menyatakan kedua-dua aplikasi berkenaan akan terus ditawarkan melalui Google Play Store selepas tarikh berkenaan untuk pengguna Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd