Samsung pada tahun ini sedia mengatakan tidak akan memperkenalkan Galaxy Note baru – dan perkara ini membuatkan lebih ramai yang menantikan pengenalan telefon boleh-lipat mereka, dibawah siri Galaxy Z Flip dan juga Galaxy Z Fold.

Untuk makluman, Galaxy Z Fold merupakan telefon boleh-lipat dengan skrin yang boleh dibuka menjadi sebuah tablet, atau dilipat menjadi sebuah telefon pintar. Samsung dijangka menawarkan rekaan yang lebih nipis dan nirbingkai melalui siri baharu, yang bakal menjadi generasi ketiga siri berkenaan.

Sementara Galaxy Z Flip pula merupakan telefon boleh-katup – dimana ia dibuka untuk menggunakan ia, dan ditutup dan dijadikan kompak untuk dibawa ke mana-mana.
Mengikut desas-desus terbaru, Samsung dikatakan akan memperkenalkan kedua-dua peranti ini seawal 3 Ogos 2021 ini.
Menariknya, Samsung turut dijangka akan memperkenalkan jam tangan pintar Galaxy Watch 4 dan Galaxy Watch 4 Active menggunakan Wear OS pada tarikh yang sama.
Sekiranya benar, kita mungkin melihat pelbagai pengumuman dan sebuah acara yang lama pada tarikh berkenaan.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan berita lanjut, dan nantikan adakah benar kita akan melihat siri peranti baharu ini pada 3 Ogos 2021 ini.