Carian
Trend Baru? – Ramai Anak Muda Di China Mula Menonton Video Dan Siri-TV Pada Kelajuan 2x
June 12, 2021 Aman

China merupakan salah satu negara yang besar, dan mempunyai pengguna internet ramai di dunia. Beberapa gaya hidup dan trend yang berlaku di China juga turut berlaku di negara-negara lain – terutamanya di Asia.

Mengikut data terkini, ia memperlihatkan lebih 944 juta pengguna yang mengakses video secara atas-talian di negara berkenaan. Apa pun, menariknya melalui bancian yang dilakukan sejumlah pengguna di China, sekitar 28.2% dilihat menonton video pada kelajuan lebih pantas berbanding kelajuan asal sesuatu video berkenaan.

Dan angka berkenaan lebih tinggi dikalangan pengguna muda – iaitu sekitar 40% yang memilih untuk menonton pada kelajuan dua kali ganda.

Seperti ramai sedia maklum, sejumlah laman penstriman dan video sedia menyertakan sokongan menonton pada kelajuan lebih pantas – termasuk di YouTube sendiri.

Melalui bancian yang dilakukan, ia diperkatakan pengguna menonton pada kelajuan lebih pantas untuk menjimatkan masa. Menariknya, sekitar 29% responden turut mengatakan mereka menonton drama pada kelajuan dua kali ganda.

Perubahan trend ini dikatakan selari dengan trend video pendek yang popular – seperti di TikTok, dimana pengguna lebih selesa memberikan hanya sedikit masa sahaja untuk meniikati sesuatu kandungan, dan lebih mudah hilang fokus untuk tontonan tempoh lama.

Dengan perubahan ini juga, ia mungkin membawa kepada beberapa perubahan dalam bentuk penerbitan kandungan pada masa akan datang bagi memenuhi kehendak pengguna yang berubah dari masa ke semasa.

Bagi anda sendiri, apakah anda turut menonton pada kelajuan lebih pantas?

Komen