Voila AI Artist Mengubah Gambar Anda Menjadi Watak Kartun

Diterbitkan pada Jun 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat sejumlah aplikasi yang mengubah watak anda menjadi watak animasi, kartun atau dalam bentuk lukisan atau lakaran. Terbaru, salah satu aplikasi yang sedang popular dan hangat dikongsikan ramai adalah Voila AI Artist.

Voila AI Artist ditawarkan untuk Android dan iPhone – dan ia hadir dalam pilihan percuma dengan sokongan iklan, atau dengan langganan berbayar.

Voila AI Artist menawarkan aplikasi yang senang digunakan – dimana anda memilih jenis output yang anda inginkan – sebagai contoh watak 3D, lukisan, atau watak 2D.

Seterusnya, anda boleh memilih untuk merakamkan gambar atau memilih dari galeri. Aplikasi berkenaan seterusnya akan mengubah gambar anda kepada format yang diinginkan secara automatik dengan pantas.

Daripada percubaan kami sendiri, ia berfungsi dengan lancar dan pantas. Tetapi, memandangkan kami menggunakan versi percuma – maka ia akan memaparkan iklan dan perlu menantikan seketika sehingga iklan habis dimainkan. Gambar yang dihasilkan juga mempunyai tanda tera atasnya.

Apa pun, ketika mencuba sebarang aplikasi, pastikan data yang anda kongsikan. Aplikasi ini sendiri mengumpulkan beberapa data dalam memaparkan iklan kepada anda. Pihak pembangunnya melalui laman privasi turut menyatakan mereka menyimpan gambar selama 24-48 jam selepas rakaman digunakan sebelum ia dipadam, selain mana gambar mungkin boleh digunakan untuk tujuan menambah-baik AI. Seperti biasa, selalu baca terma dan polisi sesuatu aplikasi sebelum membuat keputusan untuk anda menggunakannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami