Carian
Tiket Penumpang Pertama Misi Blue Shepard Berjaya Dilelong Pada Harga RM115 Juta
June 13, 2021 Effi Saharudin

Bidaan bernilai $28 Juta (~RM115 juta) diumumkan sebagai pemenang tiket penumpang untuk misi pertama roket Blue Shepard. Pemenang yang melakukan bidaan secara awanama masih belum diketahui identitinya tetapi beliau akan terbang bersama Jeff Bezos dan Mark Bezos pada 20 Julai kelak.

Wang dari bidaan ini akan didermakan kepada yayasan Club for the Future yang ditubuhkan oleh Blue Origin bagi membantu generasi akan datang mempunyai kerjaya dalam bidang STEM. Seperti SpaceX dan Virgin Galactic, Blue Origin ingin menawarkan pengalaman pergi ke angkasa lepas kepada orang ramai.

Pelancaran pertama New Shepard ini akan hanya membawa kapsul ke ketinggian 100 kilometer sebelum kembali semula ke bumi menggunakan payung terjun. Tempoh keseluruhan pelancaran pertama ini hanyalah sekitar 10 minit sahaja. Penumpang akan hanya menikmati tempoh beberapa minit sahaja di angkasa lepas dalam suasana sifar graviti.

Komen