Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah mengumumkan pelayar web Chrome akan beralih ke kemaskini baharu setiap empat minggu sekali, dimana ia dipercepatkan berbanding sebelum ini. Dengan langkah ini, beberapa ciri-ciri baharu dapat diperkenalkan dengan lebih pantas – selari perkembangan teknologi web yang baharu.

Terbaru, selain pelayar web Chrome, Google turut mengumumkan sistem operasi berasaskan pelayar web mereka, Chrome OS turut akan mula menggunakan latar pembangunan setiap empat minggu sekali bermula siku keempat 2021 ini.

Ini bermakna, anda akan dapat melihat kemaskini baharu pada Chromebook anda setiap empat minggu sekali – atau setiap sebulan.

Bagi anda yang menggunakan Chromebook untuk pekerjaan dan pendidikan, jangan terkejut apabila menerima kemaskini baharu setiap bulan sekali selepas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd