Seagate Hadir Dengan SSD Edisi Cyberpunk – Hanya 2077 Unit Dikeluarkan

Diterbitkan pada Jun 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seagate kini dilihat telah hadir dengan storan SSD yang bertemakan kepada permainan popular, Cyberpunk 2077.

Seagate Cyberpunk SSD

Storan bertemakan Cyberpunk 2077 ini hadir dengan rekaan berwarna kuning, dan menawarkan storan berkapasiti 1TB. Seagate mengatakan hanya 2077 unit SSD ini akan ditawarkan. Storan ini adalah berasaskan FireCuda 520 SSD.

Walaupun pengenalan ini adalah agak lewat berbanding pengenalan permainan video berkenaan – namun ia mungkin akan terus diminati oleh para peminat permainan berkenaan.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami