Rocksmith ialah permainan video yang dilancarkan pada tahun 2011 dengan gimik anda menggunakan gitar sebenar. Selepas sedekad, versi terkini Rocksmith+ telah diumumkan oleh Ubisoft di E3 hujung minggu lalu sebagai platform mengajar bermain gitar dan bass menerusi langganan bulanan.
Ia akan mengajar asas permainan gitar seperti menala tali dan kord sebelum mempelajari lagu-lagu dari katalog yang ditawarkan. Apa yang menaik ialah Rocksmith+ ditawarkan bukan sahaja di konsol dan PC tetapi juga sebagai permua. Video tutorial akan memudahkan lagi proses belajar tanpa guru fizikal. Sokongan komuniti juga wujud bagi membolehkan jawapan diterima dala bentuk mesej dan video.
Perkhidmatan mengajar secara atas talian adalah amat bertepatan dengan situasi pandemik dengan sekolah muzik masih ditutup. Apa yang ditawarkan oleh Rocksmith+ ini sama seperti Fender Play yang dilancarkan pada tahun 2017. Pada waktu ini tiada maklumat tentang bayaran bulanan Rocksmith+ apabila ia dilancarkan kelak.