Western Digital Menjangkakan Cip Storan PLC Hanya Akan Digunakan Secara Meluas Menjelang 2025

Diterbitkan pada Jun 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Saban tahun kita dapat melihat bahawa teknologi storan makin meningkat, daripada penambahan jumlah storan dalam satu cakera keras ataupun storan SSD, sehinggalah penambahbaikan kelajuan pembacaan dan penulisan data.

Terkini, teknologi penta-level cell ataupun PLC telahpun diperkenalkan, dan dengannya hadir cip-cip storan yang hadir dengan sel yang boleh menyimpan lima bit data didalamnya. Secara praktikalnya, ini bukan sahaja akan menambahkan jumlah storan dalam nilai sel dan cip storan yang sama, tetapi juga mengurangkan harga kos pembuatan cip berdasarkan jumlah storan.

Akan tetapi, satu kekurangan ketara yang dapat dilihat melalui cip storan QLC dan juga PLC ialah ia tidak begitu tahan lama, Ini adalah kerana teknologi pengawal SSD yang digunakan sekarang tidak boleh mengalirkan kuasa ke SSD dengan cekap, dan ini menyebabkan cip-cip storan ini, walaupun ia pantas dan mempunyai storan yang banyak untuk mati lebih awal.

Western Digital, salah satu jenama storan mengatakan bahawa selagi teknologi pengawal SSD tidak diperbaiki, penggunaan storan dengan cip QLC dan PLC dalam produk-produk storan pengguna dan industri akan berada pada tahap yang rendah.

Mereka menjangkakan bahawa penambahbaikan teknologi ini hanya akan tiba sekitar 2025, dan pada waktu tersebut, kita akan dapat melihat lebih banyak lagi pilihan storan yang menggunakan cip QLC dan PLC ini, malah dengan nilai storan yang boleh dikatakan menghampiri apa yang ditawarkan oleh cakera keras hari ini, melangkaui nilai 4TB ke 6TB yang boleh dilihat sekarang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami