Markah Penanda Aras Nokia XR20 Dengan Cip Snapdragon 480 Tertiris

Diterbitkan pada Jun 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rasanya baru sahaja Nokia hadir dengan penawaran beberapa peranti pintar baharu menerusi pengenalan Nokia C01 Plus dan Nokia C20Plus. Terkini, mereka nampaknya masih mempunyai perancangan untuk melancarkan sebuah lagi peranti baru di bawah kelas permulaan. Peranti berkenaan telah tersenarai di laman penanda aras Geekbench dengan nama Nokia XR20.

Melihat pada penyenaraian, Nokia XR20 menggunakan cip dengan kod nama SM4350. Di mana, ianya berkait rapat dengan pemproses Snapdragon 480. Selain daripada itu, ia juga akan dibekalkan memori sebesar 4GB RAM dan dan menggunakan Android 11. Di samping itu, Nokia XR20 juga dilihat berjaya menjaringkan sebanyak 509 mata untuk ujian satu teras dan 1,455 mata untuk ujian pelbagai teras.

Ini sahaja maklumat berkaitan spesifikasi peranti yang diketahui buat masa ini. Mungkin kita mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini. Dalam pada itu, Nokia XR20 juga dikhabarkan akan menjadi telefon pintar dengan rangkaian 5G berpatutan daripada jenama ini kelak.

Sumber : Geekbench

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami