Cari @ Amanz

Sejak mula dianjurkan pada tahun 2018, Selangor Accelerator Programme telah berjaya melahirkan banyak syarikat tunas rintis (startup) berbakat dan hebat ketika ini. Pelaksanaannya dilihat satu langkah yang baik dalam pembangunan usahawan kecil – sekaligus membantu dalam mengasah dan menggilap bakat bagi meningkatkan perniagaan mereka.

Kini, ia diteruskan pada tahun 2021 yang memasuki tahun keempat untuk pelaksanaannya. Pada tahun ini, mereka mencari sebanyak 30 syarikat tunas rintis yang berpotensi untuk sertai program ini. Ia merangkumi pelbagai sektor seperti kecerdasan buatan, rantaian blok, perkomputer awan dan banyak lagi. Mana-mana syarikat terpilih kelak akan berpeluang untuk merebut hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM50,000.

Program tahun ini juga akan menumpukan kepada sektor utama yang baharu seperti  teknologi perbankan (Fintech), e-dagang (e-Commerce), perbandaran pintar (Smart City), teknologi pertanian (Agritech) dan teknologi hijau (Greentech). Melaluinya, keseluruhan program akan berlangsung selama tiga (3) bulan dan terdapat pelbagai insiatif menarik yang diadakan bagi memberi manfaat kepada para peserta. Misalnya, bimbingan daripada mentor yang berpengalaman, pelaksanaan bengkel yang komprehensif dan lain-lain.

Lebih menariknya lagi, tiada sebarang pembayaran yang diperlukan. Sebaliknya, program ini ditaja sepenuhnya oleh pihak penganjur sendiri. Bagi yang berminat, pendaftaran untuk SAP 2021 kini telah dibuka sehingga 14 Julai 2021. Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan yang kami sediakan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd