Kad Hadiah Roblox Kini Ditawarkan Di 7-Eleven

Diterbitkan pada Jun 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hari ini kad hadiah pembelian Robux untuk permainan Roblox mula ditawarkan di rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven. Menerusi kad hadiah bernilai RM50 dan RM125 ini, pengguna boleh membeli langganan permium dan aksesori kosmetik yang ditawarkan dalam permainan.

Ini menjadikan Roblox sebuah lagi permainan serta perkhidmatan atas talian yang menjual kad tebusan fizikal di 7-Eleven mengikut jejak PUBG Mobile, Mobile Legends, Netflix, iFlix, Spotify dan Google Play. Ini akan memudahkan pengguna yang tidak mempunyai akaun perbankan atas talian atau kad kredit untuk melakukan pembelian.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami