Cari @ Amanz

Semasa WWDC 2021, Apple telah mengumumkan iOS 15, iPadOS 15, watchOS baharu, macOS, tvOS dan banyak lagi. Apa yang mengejutkan adalah iOS15 masih akan ditawarkan kepada pengguna iPhone 6S dan iPhone SE generasi pertama.

Tetapi seperti MacBook, di mana beberapa ciri baharu macOS Monterey terhad kepada peranti yang dijana dengan cip M1 sahaja. iOS 15 juga mempunyai syarat-syarat tertentu untuk beroperasi dengan baik. iPhone 6S da iPhone SE akan menerima ciri dan fungsi baharu yang paling asas. Tujuh ciri memerlukan iPhone XS dan ke atas sekurang-kurangnya dan ada tiga ciri eksklusif untuk iPhone 12 sahaja.

Berikut adalah senarai ciri dan fungsi dan iPhone apakah yang anda perlukan untuk menikmati iOS 15.

Minima iPhone 7 atau iPhone 8

  • Audio spatial dengan kemampuan menjejak kepala secara dinamik (iPhone 7 dan ke atas)
  • Walking Steadiness – metrik kesihatan dalam aplikasi Health untuk memantau risiko terjatuh ketika berjalan (iPhone 8 dan ke atas)

Minima iPhone XS dan ke atas

  • FaceTime dengan sokongan Audio Spatial
  • Mod potret dalam FaceTime
  • Ciri seakan Google Maps
    • Fungsi glob pada aplikasi peta
    • Ciri realiti terimbuh untuk arahan selok-belok
  • Ciri seakan Google Lens
    • Live Text pada imej dalam galeri untuk salin teks dan sebagainya
    • Visual Look Up untuk mengenalpasti objek, haiwan, dan lain-lain
  • Latar belakang bergerak pada aplikasi cuaca
  • Pemprosesan daripada peranti untuk Siri
  • Kunci rumah digital

Eksklusif untuk siri iPhone 12 dan ke atas

  • Mod panorama baharu dengan herotan yang ditambahbaik
  • Ciri 5G untuk muat turun kemaskini, kandungan luar talian, sandaran iCloud dan lain-lain
  • Guna data mudah alih 5G sahaja berbanding WiFi
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd