Cari @ Amanz

Ketua Pengarah Kesihatan Negara, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia kini membenarkan suntikan vaksin Cominarty keluaran Pfizer BioNTech diberikan kepada individu berusia 12 tahun ke atas. Ini adalah langkah seterusnya yang akan memastikan Malaysia di jalan yang terbaik untuk mencapai imunisasi kelompok sebelum berakhirnya 2021. Remaja berusia 12-17 tahun akan diberikan vaksin dalam fasa kelima Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kelak.

Vaksin Covid

Dalam perkembangan yang sama KKM turut meluluskan penggunaan vaksin satu dos Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) keluaran CanSino Biologics Inc, China dan vaksin Janssen COVID-19  keluaran Johnson & Johnson. Kesemua vaksin yang digunakan oleh PICK pada waktu ini adalah dari jenis yang memerlukan dua dos.

Dengan masalah pengeluaran vaksin AstraZeneca mula berlaku di Thailand, kebenaran menggunakan dua lagi vaksin di Malaysia dapat sedikit sebanyak mengelakkan usaha imunisasi negara dari mengalami gangguan.

Sumber KPKesihatan

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd