Apple Watch Series 7, SE Baharu Dengan Skrin Dikemaskini Tahun Ini Dengan Versi Tahan Lasak Pula Pada Tahun 2022

Diterbitkan pada Jun 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple Watch tidak dinafikan adalah antara jam tangan pintar terbaik yang ada di pasaran sekarang. Tahun ini akhirnya, sokongan ECG diberikan kepada pengguna di Malaysia selepas bertahun menantikan kehadiran fungsi ini. Apple Watch Series 7 dijangka akan hadir dengan rekaan yang lebih baharu, seakan iPad dan iPhone – iaitu segi empat dan skrin yang rata.

Rekaan yang tertiris sebelum ini kelihatan menarik dan berbeza dengan kebanyakan jam tangan pintar sekarang. Terkini, menurut Bloomberg – Apple Watch Series 7 mungkin akan dilancarkan pada tahun 2022 dan tahun ini tidak akan ada sebarang Apple Watch baharu. Apple dijangka akan hadir dengan tiga pilihan jam juga, iaitu pengganti Apple Watch Series 6, pengganti Apple Watch SE dan Apple Watch tahan lasak.

Apple Watch tahan lasak akan menjadi variasi baharu yang ditawarkan Apple. Sebelum ini, untuk perlidnungan tahan lasak aksesori pihak ketiga seperti Rhinoshield, Spigen dan lain-lain perlu dibeli berasingan. Dengan penawaran ini, Apple dilihat cuba bersaing dengan jenama yang sedia terkenal seperti Garmin, Suunto, dan lain-lain.

Apple Watch baharu dijangka akan hadir dengan sokongan membaca gula dalam darah, mengimbas suhu tubuh, hadir dengan sokongan UWB, dan juga dijana dengan cip pemprosesan baharu yang lebih pantas. Apple Watch Series 7 dan semua Apple Watch baharu dijangka akan terus hadir dengan watchOS 8 secara terbina yang menyokong pelbagai ciri menarik seperti Find My untuk AirTag, kunci digital pintu dan banyak lagi.

Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami