Cari @ Amanz

Razer telah hadir dengan beberapa penawaran produk terkini sewaktu acara tahunan E3 yang berlangsung semalam. Ini termasuklah pengenalan untuk Razer Raptor 27, Razer Blade 14 dan juga Razer USB-C GaN Charger. Di samping itu, Razer turut berkongsi perancangan untuk menawarkan Razer Project Hazel yang merupakan pelitup muka pintar N95 tersendiri mereka kepada umum.

Pada awalnya, Razer Project Hazel hanyalah sekadar konsep sahaja. Tidak lama kemudian, ia telah diperkenalkan secara rasmi dan kini bakal dilancarkan kepada umum pula. Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh CEO Razer, Min-Liang Tan sewaktu acara tahunan E3 dan ia akan mula dijual seawal suku keempat pada tahun ini. Namun begitu, pelitup muka ini akan ditawarkan dalam kuantiti yang terhad dan dijual secara eksklusif menerusi laman web rasmi Razer.

Pada masa sama, Razer turut mengekalkan rekaan lutsinar bagi memudahkan pengguna lain membaca pergerakan bibir. Kemudian, mereka turut akan menambah sistem lampu RGB dan lapisan kalis wap pada bahagian dalam topeng. Buat masa ini, Razer masih belum berkongsi lebih lanjut mengenai penawaran harga dan tarikh jualan secara khusus. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini.

Sumber : Razer

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd